Ayahanda Haji Abas


setiap orang ada idola masing-masing.same jugak ngan aku.idola aku tak jauh hubungannya dengan aku.dia adalah bapak aku sendiri.walaupun jauh di mate,tapi dia tetap di hati aku.aku rase sangat bertuah mempunyai seorang bapak seperti dia.dia adalah seorang yang tegas,kuat semangat dan bertanggung jawab.dia berjaya mendidik kami adik-beradik seramai 12orang dengan titik peluhnya sendiri.
banyak kate-katenye aku pegang sebagai panduan hidup.bile aku lemah aku sedih aku akan bercakap dengan dia.aku tau dengan kate-kate dia aku akan kembali bersemangat semula.tiap kali aku bercakap dengan dia seolah-olah macam dia nampak keadaan aku yang tengah susah hati ketika tu.aku cume bagi point tentang masalah aku dan dia sendiri akan huraikan segalanya.pendek kate,aku yang merase dia pun same merase.pada aku naluri seorang bapak sangat kuat ada padanya.
dia mengajar aku erti hidup berdikari dengan caranya sendiri.ape yang ditunjukkan tentang sikap dia lah yang menjadi ikutan aku sehinggalah saat ini.kadang-kadang tindakan aku adalah suara hatinya.pernah satu ketika aku bertindak ganas pada seseorang,dan bile aku ceritakan balik padanya dia sendiri yang suarakan rase tidak puas hatinya pada orang tu kat aku.boleh aku simpulkan disini,ikatan hati antara kami sangat erat.aku amat sayangkan dia...

dulu aku pernah bertanya;
kenapa orang lain selalu sangat nak cari buruk kita sedangkan kita ni takde apa-apa kepentingan contohnya atk sekaya mane,tak sehebat mana dan tak sepandai mana..

dia cakap;
manusia takkan senang melihat orang lain senang.tak kira kita ni macam mane.kita senang ke susah ke bahagia ke tak bahagia ke diaorang akan tetap mengata.sebab semua tu lumrah.macam-macam cara dan macam-macam sudut  diaorang boleh dengki dan buat mulut pasal kita..apa yang penting,kita jangan fikir apa yang diaorang nak kata.tak ke mana semua tu.apa yang kita rase betul dan menda tu umum akan setuju,kita teruskan.manusia,mulutnya atau kata-kata diaorang takkan boleh ubah ketentuan tuhan.jadi,buat apa kita nak takut.kita cuma kena fikir ketentuan-Nya je bukan kata-kata dari orang yang nak tengok kita jatuh.sekali kita 'melatah' kita akan 'hanyut'..tak perlu lah kita fikirkan sangat..bersabarlah,biarlah orang yang nak memburuk-burukkan kita tu dengan kata-kata diaorang.relakanlah apa yang diaorang nak.nak sedapkan nama diaorang ke,nak cakap yang diaorang tu bagus ke..redha je la sebab tuhan tu maha kaya..

2 comments:

  1. Kerana didikan kaulah ayahnda aku menjadi manusia sebagai aku sekrang. Terima kasih ayahnda, moga tuhan memanjangkan usia ayahnda.

    ReplyDelete