Monday, September 27, 2010

Open house ... Ahad 26Sept 2010- 12.00pm @ B-T08-U08,Precint18 Putrajaya.







26 Sept 2010 ...nie hari pertama aku dan Has buat open house (adik-beradik/sedara-mara/kawan-kawan terdekat).nie pun planning last minute.tapi Alhamdulillah smuanye berjalan dengan lancar walaupun pada awalnye agak kelam-kabut time nak menyediakan makanan.ni smua sebab catering.kita orang deal dengan orang lain,yang sediakan smua tu orang lain.janji kul 11pagi siap pastu terus hantar rumah,tapi kul 11.00 tu tak siap lagi.pastu kita orang pulak disuruh gi ambik sendiri.kita orang dah sampai nak ambik,ada pulak menda yang tak cukup..dah terpaksa pulak menunggu dia orang siapkan masakan tu.pastu ada jugak yang kena pegi tempah kat tempat lain..so,aku ngan Has berpecah la..aku tunggu masakan yang tak siap lagi kat situ,pastu has pulak pergi order sate kat Taman Warisan..

Dalam tengah aku ngan Has ni duk kelam-kabut,Abang Man lak call katenye dah sampai kat bawah rumah.aku macam tak percayala..awal sangat dah sampai.aku tanye kat mane.dia kate baru masuk kat simpang yang ada Petronas baru nak siap..betul la tu,aku ingat dia main-main..pastu mase tu Has ondaway nak gi tempah sate.aku suroh dia balik dulu jemput Abang Man ke rumah sebab mase tu memang takda orang kat rumah..tak lame lepas tu kawan Has,ija pun sampai awal jugak kat rumah..makanan sikit pun takde tu.nasib baik la jugak kuih raya ada kat ruang tamu.Has buat air sementara tunggu catering sampai..

Bila dah siap smua,aku pun bawak balik barang makan smua tu dengan van catering tu..mase tu lebih kurang dalam kul 11.45am.aku punye la risau takut orang dah ramai sampai tapi makanan tak siap lagi.nasib baik la tak jadi macam tu.bila dah sampi kat rumah aku mintak tolong Abang Man dengan Kak Eka sediakan makanan smua tu..Alhamdulillah smua siap dihidang tepat pukul 12.00pm..

Dalam mase tu,ramai la yang duk call tanya rumah kat mana.aku pun bagi la direction. tu pun masih ada jugak yang tersesat sampai ke Limau Manis.seingat aku,Kak Gee..tu yang paling jauh la terlajak..maklum la memang susah sket nak cari  rumah aku ni..pastu tak lame lepas tu masing-masing sampai la..lega aku makanan smua dah ada walaupun sate tak siap lagi.diaorang  datang tak putus-putus.silih berganti..sementara tu aku pun turut menjemput jiran kat depan rumah.suka hati aku lepas je aku jemput, diaorang ondaspot datang rumah aku..

Suasana hari tu boleh dikatakan agak meriah la dengan semua yang datang.semua yang dijemput,datang..tapi aku rase macam tak puas hati sket sebab ada yang menunggu sate tak sampai-sampai.Azrin anak Kak Nor..nak buat macam mana sate siap pukul 3.00pm..dia orang pun ada tempat lain pulak kena pegi.. takpela,Insya-Allah lain kali..

Sunday, September 12, 2010

setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba,Alhamdulillah bersyukur pada Yang Esa dengan keizinan-Nya kita semua dapat merayakan Aidilfitri yang mulia...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

disamping isteri tercinta..

ibubapa yang disanjung dan dipuja..

satu keluarga..


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


selamat hari raya maaf zahir batin aku ucapkan kepada semua.yang mana tersalah dan tersilap aku harap dapatlah dimaafkan.semoga raya tahun ni membawa seribu makna kepada semua.
pada aku dalam mood raya la yang paling sesuai untuk kita semua bermaaf-maafan.buangkan rasa malu dan segan,isikan keikhlasan dalam setiap maaf yang dipohon.semoga kebahagian di dunia mahupun di akhirat akan menjadi hak milik kita yang mutlak,insya-Allah...

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan...


tak sabar rasenya nak tunggu bulan puasa.dulu time kecik-kecik memang best bila bulan puasa.keseronokan tu lain macam.macam-macam la pengalaman berpuasa.mase aku umur tujuh tahun aku pernah telan air time mandi.dah dekat nak berbuka dah tu.fuh memang tak tahan sangat time tu.aku ikut bapak aku gi mancing ikan petang tu.mancing tu best gak dapat banyak ikan.besar-besar lak tu.tapi penatnye pun boleh tahan la.balik je dari sungai aku terus gi mandi.tapi tak nampak sangat la yang aku nak gi telan air kat dalam bilik air tu sebab badan aku pun agak kotor berlumpur.jadi,memang cover line cemerlang time tu.masuk je bilik air bukak shower bila air meleleh je kat mulut aku tak pikir panjang terus aku telan.nikmatnye air paip time tu.banyak gak aku minum air paip mase tu.bile dah puas telan air aku kuar la dari bilik air tu dengan muka tak bersalah..tu la salah satu pengalaman berpuasa aku mase kecik..kalo nak crite ada lagi tapi tak banyak la.bukan selalu aku tinggal puasa pun..



Besar kenangan lagu "Memori Tercipta" (kat bawah ni) pada aku dengan Has.terutamanya pada isteri aku,Has.kitaorang hampir terpisah dulu atas sebab orang lain.masa hari nak berpisah tu dia terdengar lagu ni kat radio dalam kereta dia.sangat menyentuh perasaan kata dia..tapi kalau dah Tuhan tu kata Has adalah jodoh aku dan aku adalah jodoh Has,maka tetap akan bersama walau macammana pun... 

Thursday, August 5, 2010

Anak


mase bujang aku selalau bercita-cita nak cari pasangan hidup yang boleh bagi aku anak dan menjaga anak aku dengan baik.
sekarang aku rase aku dah dapat orang yang boleh jaga anak aku dengan baik,insya-Allah...
pada aku,aku harapkan anak sulong kami biarlah lelaki.supaya dia boleh menjaga adik-adiknya kelak.
aku rase sangat tak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.aku rela jika bebanan mengandung dan melahirkan diserahkan pada aku.kerana aku nak sama-sama merasa demi anak kami yang bakal dilahirkan tu.
insya-Allah aku akan curahkan sepenuh kasih sayang aku pada anak itu.
aku doakan dengan adanya anak itu semakin lagi eratlah kasih sayang antara aku dengan isteriku supaya keluarga aku akan menjadi keluarga yang paling bahagia dalam dunia ini.

Disini ada sedikit info dan diharap ianya dapat menjadi panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga…

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


Sunday, August 1, 2010

Anak Buah Baru..


aku dapat anak buah baru..tambah lagi cucu Haji Abas jadi la 32 orang kesemuanya..baby gurl ni nama dia Aisyah Humaira lahir 8.30malam pada 1 Ogos hari tu.dia lahir "ikut tingkap" (operation)sebab umi dia takleh nak melahirkan cara normal..tapi Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.baby pun normal.tahniah Kak Gee..(Roslina Abas)

Wednesday, July 21, 2010

Rundingan Hati Kering...

alhamdulillah...dah settle satu masalah.baru-ru ni memang aku tension giler dengan masalah laptop hilang.dahla has nak guna laptop tu.si mamat technician kat cyber cafe tu boleh plak hilangkan laptop tu..
citernye gini,
laptop tu baru je rosak.has nak guna laptop tu untuk kursus.banyak assigment nak kena buat.jadi aku hantar la repair.aku hantar laptop tu tempat yang paling dekat percint9 dengan harapan cepat siap pastu aku senang nak gi amek.hari selasa aku hantar laptop tu.pastu aku tunggu la technician dia call.3-4hari aku tunggu,takde call.aku call pon tak dapat.hari sabtu tu aku gi la cyber cafe nak tahu pasal laptop tu.bila sampai je aku dapat tau laptop tu dah hilang petang hari aku hantar kat cyber cafe tu.bengang aku tuhan je tau mase tu.dahla tak inform awal-awal pastu hilang sebab tinggal dalam kereta time dia nak gi pasar malam.hangin aku satu badan dengar citer mamat tu.bukan tak tau laptop tu barang berharga lagi satu skarang ni pencuri cerdik-cerdik sume.diaorang boleh detect laptop dalam kereta..tak amanah langsung.pastu mamat tu bagi aku repot yang dia buat kat balai polis.aku bace repot tu dia kate barang dia sume tak hilang cume laptop aku je yang hilang.lagi berbulu aku.kaw-kaw aku sembur diaorang time tu.dia kate nak ganti rugi,tapi aku hold dulu bab-bab ganti rugi.dalam kpala aku cume ingat nak saman je diorang sebab fikir pasal data-data penting yang hilang tu la.bukan ape takut jatuh kat tangan orang yang tak bertanggung jawab naya aku.
kasar-kasar,aku akan consider.mula tu mase aku datang aku presure diaorang.aku mase tu sorang bedebat dengan 4orang.ape benda sume diaorang cakap aku cantas.aku berkeras atas hak aku.ada ke patut nak citer pasal susut nilai dengan aku.aku bukannye jual laptop tu.aku nak tuntut ganti rugi.terdiam diaorang.last-last,diaorang mengalah merayu ngan aku.ayat "merayu" tak tahan tu.. diaorang mintak kurangkan sket amount ganti rugi tu.lepas tu aku buat repot atas tujuan nak saman sebab tak puas hati dengan kecuaian diaorang.pastu aku bincang balik dengan has.fikir-fikir balik takyah la saman sebab kesian gak diaorang.pastu taknak la panjang-panjang niat hati ni..hari isnin baru nia ku pergi la cyber cafe tu balik untuk bagitau amount yang aku nak diorang ganti.tapi tak sangka pulak diaorang tak sedar diri dah buat salah dengan orang taknak plak ganti rugi dengan amount yang aku nak..hati aku jadi panas balik la.aku cakap takpe,kalo nak panjang-panjang benda ni boleh..pastu tak lame lepas tu call aku balik ajak bincang dengan bos diaorang pulak..pada aku takpe la macam tu.kalo tak aku ingat aku nak terus je gi balai untuk dapatkan permision ke mahkamah untuk saman diaorang..hari ni,malam tadi la aku gi jumpe dan bincang pasal ganti rugi.mula tu aku memang berkeras dengan amount yang aku nak.tapi aku dah set dah dalam kpala aku ni kalo diaorang cakap cara elok takda dah macam tu,aku blah kejap dari meja tu aku bincang dengan kawan aku..pastu aku datang balik aku bagi amount baru..diaorang sanggup bayar cash terus time tu.pastu diaorang buat surat perjanjian.aku sign pastu terus gi balai polis tarik balik repot...fuhh~~lega...

Monday, July 19, 2010

Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dr Fazilah Kamsah..


..Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato'Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...


RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Friday, July 16, 2010

Tuhan Itu Maha Adil...


memang la kite tau tuhan tu maha adil.tapi selagi kite sendiri tak melaluinye kite tak nampak..aku pernah melalui satu peristiwa yang boleh buat aku nampak lagi terang yang tuhan tu adil..
satu mase dulu aku selalu difitnah oleh pihak yang aku sendiri tak pasti ape yang diaorang nak dari aku dan ape yang diaorang dapat dengan lempar fitnah kat aku ni...
mase tu aku masih budak-budak lagi..umur aku 15tahun..tapi tak kire la aku ada hati perut jugak..macam-macam fitnah aku terima..yang paling teruk aku dikatekan menagih dadah dan campur dengan samseng-samseng..huh~~sioll jer.. aku senang je,cukup dengan aku cakap dalam hati aku ni "aku tak buat,lantak korang la nak cakap ape.aku tak leh tutup mulut korang.."  time tu aku layan je la pe diaorang nak kate..aku tau diri aku..mane aku buat,mane aku tak buat..
sampai la satu mase,aku dapat tau satu famili diaorang tunggang terbalik..nauzubillah.. time tu aku tak sampai hati nak kate yang bukan-bukan.tapi kalau ikut hati aku ni,mau je aku hentam dorang kaw-kaw balik.balas balik ape yang diaorang buat kat aku dulu..tapi aku tau aku takkan buat macam tu sebab aku masih pegang lagi kate-kate bapak aku "biarlah ape orang nak buat kat kite,tapi kite jangan buat kat orang..." dan bapak aku sendiri nampak ape yang jadi dalam tempoh tu..dia berpihak pada aku sebab dia tau aku di pihak yang benar..
jadi pada mereka-mereka yang suke buat mulut tu,udah-udah ler buat kerja terkutuk..nanti tak pasal-pasal dapat 'cash'. satu lagi ingat la, 'fitnah itu lebih buruk daripada membunuh'. dari buat fitnah kat orang baik gi bunuh je terus orang tu..same je..jangan salah paham aku bukan galakkan korang membunuh plak...
tapi jelas kan kat situ bahawa tuhan tu Maha Adil..
 

Thursday, July 15, 2010

Doa untuk kedua Ibu Bapa



Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Subhan Allah, hebat nya kuasa doa, ingat kawan-kawan apa yang perlu kita lakukan hanyalah meminta pertolongan dari Allah dan yakinlah serta berserah kepada Allah sepenuhnya. Tanpa ada perasaan kesal. Setiap masa dan ketika ingat la pada kedua ibu bapa anda dan berdoalah untuk mereka setiap hari.

Lelaki @ Bakal Suami @ Suami bace sume nih...

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.


4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.


5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?


6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.


7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.


8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.


9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.


10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.


11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan

menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.


13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?


14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.


15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.


16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera


17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.


18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.


19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?


20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.


21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.


22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.


23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.


24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.


25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.

Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.


27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.


28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.


29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.


30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.


31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.


32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.


33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.


34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?


35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.


36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.


37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.


38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.


39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.


40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.


41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.


42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.


43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.


44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.


45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.


46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.


47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.


48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.


49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.


50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wednesday, July 14, 2010

Makhluk Halus...

Mystic
Satu peristiwa yang tak pernah aku jangka...mase tu aku di rumah dan isteriku pula dalam kursus.dia hantar ke akedemi bomba dan penyelamat di kuala kubu selama seminggu untuk mengikuti latihan bersama pihak akedemi tersebut...
Malam tu aku berbual dengan dia macam biase..kira2 dalam pukul 1130pm..tengah2 kiteorang berborak, isteri berhenti skejap.katanya nak ke toilet..slepas dia balik dari toilet trus dia call aku..tapi mase tu dia tak dengar suara aku..ada dalam 3-4 kali jugak..pastu bila dapat bercakap, aku terus la bercakap macam biase..
Habis  je aku bercakap aku mintak dia respon,tapi dia punye respon agak lain macam..macam kurang  ajar pun ada..aku pelik.kenapa macam tu..sampai aku tanya dia bercakap dengan sape pun dia bole jawap "ntah.tak kenal.." dia kate dia tak tahu aku sape.. suami mane tak pelik kalo macam tu..aku cube uji dia lagi..macam2 soalan aku tanye,tapi dia pulak yang cemuh aku.."penat la..rimas laa..nak tido laa...nak cakap ape lagi...?!!" tu la ayat yang keluar dari mulut dia..aku rase macam ada menda tak kena ngan dia mase tu...aku suro dia mengucap dua kalimah syahadah...dia jawap "tak nak laa...tak ingat..." aku dengar macam tu,dah sah ada benda tengah control dia...
Kalo orang yang tak fikir pasal menda2 ghaib ni mesti dah perang besar dah ni...sampaikan aku tanye dia islam ke kafir dia bole jawap "ntah!tak ingat.."aku tanya Allah tu sape pun dia jawap "ntahlah!tak tau,tak ingat.." bertapa terkejutnye aku mase tu.isteri aku bukan mcm tu..tapi aku terfikir,dia mase tu tempat yang bukan biase pergi.mungkin smua tu ada kaitan dengan makhluk halus.kalo tak,takkan dia bole jadi macam tu.aku kenal isteri aku..
Alhamdulillah aku bole handle menda2 macam tu...aku ikhtiarkan jugak supaya dia mengucap..sampai la aku sergah dia untuk ikut aku bace "lailahaillallah" sebab dia kate xleh nak mengucap,tak ingat panjang sangat..aku pun ajar la satu persatu ..dah habis je ayat tu,dia kate "nak tido dah,penat la..." tapi aku paksa jugak dia bace lagi skali..dia cube bace tapi still lagi tak ingat..jadi aku pun ajar lagi skali..dia ikut..
Mungkin bila dia dah ikut aku bace kalimah tu menda tu smakin jauh daripada dia...habis je dia ikut aku bace 'lailahaillallah',aku suruh dia dengar aku pulak yang bace ayat2 suci...
Aku bace ayat2 suci malam tu dengan terang dan lantang di ruang tamu rumah aku...aku ingat lagi mse tu pukul 130pagi.sebab mase aku bace ayat2 suci tu aku terpandang jam pada decorder astro aku..

Bila aku bace ayat2 tu,mungkin menda tu tengah meronta untuk jauhkan dirinya dari isteri aku..aku dapat rase menda tu smakin renggang dari isteri aku.sepanjang aku bace ayat2 tu,dia diam dan dengar dengan baik..
Habis ayat tu,dia terdiam skejap.lepas tu dia pulak yang bnyak cakap.tapi still lagi tak macam orang biase.last ayat dia, "knape diam,cakap la ape2,bace la ape2.tengah panas ni.."
Aku dengar je 'panas' kluar dari mulut dia,aku terus ulang lagi ayat yang aku bace tadi..tapi agak lagi kuat dan lantang dari sbelum tu..
 Lepas aku habis je,terdengar suara tangisan dari isteri aku.sementara tu aku terdiam sketika.lepas je dia menangis,dia pun bace ayat2 yang aku dah bacekan kat dia.dengan cara yang biase dia mengaji aku dapat cam,dan aku pun dapat rase yang isteri aku dah balik pada dirinya yang asal..
Alhamdulillah...lega aku..smuanya dah selamat...
Lepas dia habis bace ayat2 tu,aku nak pastikan dengan dia.aku bertanye dia.sedar tak ape yang dah berlaku..dia kate dia tak sedar ape pun kecuali mase aku suroh dia mengucap dia nak mengucap tapi tak boleh.macam disekat2..
hurm..dah sah2 aku berinteraksi dengan iblis...


Modal Insan

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak


Tatacara didik diri sendiri
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc